Cara Mudah Menjadi Kaya, Dengan Cepat!

Bagaimana Cara Mudah Menjadi Kaya, Dengan Cepat? Kata orang bukan senang nak jadi senang juga bukan susah hendak jadi susah. Tetapi siapa yang tidak mahu menjadi kaya kan?

Adakah anda layak menjadi orang kaya? Jawapannya adalah bergantung kepada minda, adakah minda anda minda kaya ataupun minda miskin?.
Hanya orang yang mempunyai minda kaya sahaja layak menjadi orang kaya. Langkah pertama adalah menukar minda anda sekarang ini kepada minda kaya.

Hijrah minda kepada minda si kaya dulu!

Tapi apakah minda kaya? Bagi minda kaya:

1. Wang bukan material tetapi wang adalah tenaga.

2. Wang bukan punca kejahatan tetapi punca kepada semua penyelesaian- jadi minda kaya akan kberkata “saya mahu lebih wang!”.

Sekiranya anda mempunyai wang yang lebih, anda boleh gunakan wang itu untuk menyelesaikan masalah sendiri, orang tersayang, keluarga dan orang lain juga. Sekali gus memberi nilai tambah kepada diri sendiri dan masyarakat. Keupayaan memberi menyebabkan anda lebih bahagia, berbanding anda yang hanya mampu melihat tetapi tidak boleh membantu dari segi material mahu pun wang ringgit.

3. “Wang tidak membuat saya bahagia”. SALAH! Hakikatnya tiada apa yang boleh membuatkan anda bahagia selain daripada diri anda sendiri. Kebahagiaan anda adalah tanggungjawab anda. Kalau anda mahu bahagia maka anda boleh tekan suis bahagia yang sedia ada di dalam diri anda sekarang juga. Ia seperti suis elektrik yang anda boleh ‘ON’ pada bila-bila masa.

4. “Saya nampak ramai orang kaya yang tidak mempunyai cinta di dalam hidup mereka”. SILAP! Hakikatnya anda melihat orang yang ‘mempunyai banyak wang’ bukan ‘orang kaya’.

Apa bezanya antara orang kaya dengan orang banyak wang? Orang kaya ialah orang yang kaya dengan kasih sayang, masa, wang, perhatian, berbakti kepada orang lain/ masyarakat, memberi makna, spiritual dan juga kesihatan.

Orang yang banyak duit adalah mereka yang mempunyai minda miskin, percaya mereka perlu mengorbankan kesihataan, hubungan atau keluarga- malah kadang-kadang ke semuanya untuk menjadi ‘kaya’. Ini bukan manifesto kekayaan tetapi sekatan minda. Anda mesti tahu membezakan antara kedua kategori ini kerana kepercayaan ini adalah belawanan arah dari minda kaya anda.

Jadi buang minda anda yang salah!

5. “Saya tak akan kaya”. Mungkin. Anda juga tidak tinggi tetapi tetap anda membesar dari bayi sehingga dewasa. Pada hari ini, anda mungkin tiada wang atau hidup sederhana. Itu tidak penting kerana sekiranya anda memilih untuk menjadi KAYA, dengan izin Allah anda akan menjadi kaya.

6. “Apa yang saya ada sudah cukup”, “saya sudah belajar cukup untuk
menyara diri sendiri dan keluarga”. Betul. Tetapi adakah CUKUP itu
CUKUP? Kerana CUPUP selalunya tidak pernah CUKUP. Anda sepatutnya mempunyai tabiat membuat lebih wang dari yang anda perlukan.

Ini bukan sikap tamak tetapi ‘melimpah’ atau dalam bahasa Ingerisnya ‘abundant’. Keupayaan seseorang yang mempunyai lebih wang adalah anda yang boleh memberi sumbangan bukan sahaja kepada orang tersayang tetapi juga kepada mereka yang tidak berkemampuan, Fikir-fikirkanlah. Setelah anda mempunyai wang, anda akan faham tanggungjawab anda sebagai orang kaya.

7. “Cinta adalah segala-galanya”. Ya, CINTA adalah segala-galanya.
Tetapi hakikatnya CINTA tidak dapat memberi makan mahu pun membina rumah. Tetapi wang boleh. Ada orang beranggapan CINTA dan WANG adalah berlawanan. Ini adalah tanggapan yang SALAH! Wang dan CINTA saling melengkapi antara satu sama lain. Jika anda mempunyai WANG, anda mampu menjaga dengan lebih baik lagi mereka yang anda sayang.

8. “Wang punca masalah”. Hakikatnya Wang tidak pernah memberi
masalah. Minda miskin adalah punca terjadinya masalah.Kesilapan
menguruskan wang memberi masalah.Sekiranya anda menguruskan wang dengan betul, wang akan menguruskan hidup anda dengan baik.

9. “Saya akan kehilangan kawan sekiranya saya lebih kaya dari mereka”. Kesimpulannya adalah anda mempunyai kawan yang salah. Sahabat sepatutnya akan gembira dengan kejayaan anda, bukannya perasaan negatif dan cemburu. Sekiranya mereka mengacam untuk meninggalkan anda atau anda rasa anda akan kehilangan mereka setelah anda berjaya, adalah pemikiran yang bodoh. Pilihan anda samada tukar pemikiran anda atau tukar kawan.

Buang minda miskin yang menghalang, dan tanamkan minda KAYA yang baharu. Katakan pada diri anda, “SAYA ADALAH SATU-SATUNYA MASALAH DALAM HIDUP SAYA”.

10. Minda miskin akan fikir “untuk mendapat sesuap nasi pada ketika ini, memerlukan mereka bekerja dengan kuat, bayangkan betapa teruknya mereka kena kerja kalau mahu menjadi kaya”. Perkara yang anda perlu tahu ialah pemikiran yang salah. Sekiranya anda ingin menjadi orang kaya, anda mesti BELAJAR cara menjadi KAYA. Anda tidak perlu bekerja lebih keras, terus berkorban atau kerja sampai mati. Sebaliknya belajar macam mana untuk melakukannya.

Sekiranya anda faham bahawa dalam hidup anda, hanya adalah satu sahaja masalah iaitu ANDA. Hanya anda yang menghalang diri sendiri dari menjadi KAYA. Jadi, adakah anda bersedia untuk menjadi kaya dengan menyelesaikan masalah ANDA itu? Adakah anda bersedia menjadi kaya dengan mengamalkan TABIAT ORANG KAYA?

11. Minda kaya akan membuka peluang-peluang yang berada di sekeliling anda, tetapi minda miskin akan merasakan bahawa semua peluang di sekeliling anda seperti tertutup. Seolah-olah anda berada di jalan mati.

12. Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil
Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi atlamat luar biasa – matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat ang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat ke arah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi jika tidak tercapai, ia masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam
lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk bayar ansuran rumah dan bil . Begitulah matlamat anda di bulan depan! dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bayar ansuran rumah dan bil !”

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai jangka yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya ke hadapan!

13. Minda kaya melihat orang berjaya dengan perasaan “inspirasi”
manakala minda miskin melihat orang berjaya dengan perasaan “benci”.

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dengan melihat orang yang telah berjaya. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik “role-model” di mana, kejayaan seseorang lain menjadi pendorong kejayaan yang sama. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi response-response negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak Mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”.

Mudahan anda mampu menukar minda miskin dan memiliki minda kaya kerana ini adalah cara mudah menjadi kaya, dengan cepat! Insya Allah.

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

About samsuryani

Saya nak share apa yang saya suka dan minat di sini. Saya harap akan dapat menmberi manfaat kepada semua orang yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih.
This entry was posted in Jana pendapatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

1 Responses to Cara Mudah Menjadi Kaya, Dengan Cepat!

  1. Radzee berkata:

    Pembakar semangat yang bagus! 😀

Tinggalkan komen