Pengurusan Kewangan – Buat Perancangan!

Andainya anda betul-betul ingin menjadi bebas kewangan, fasa pertama pengurusan kewangan – Buat Perancangan! Anda perlu mengawal wang anda dengan membuat badget, tetapkan matlamat dan membuat perancangan untuk membina kekayaan. Anda juga perlu memahami hubungan emosi anda dengan wang.

Ada perpatah di dalam dunia kewangan, kalau anda menukar orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya, tunggu selepas 10 tahun. Apa yang anda akan dapai ialah orang kaya akan menjadi kaya semula dan begitu juga dengan orang miskin akan kembali miskin. Kenapa? Jawapan mudah ialah kerana orang miskin akan membelanjakan wang mereka dan orang kaya akan menyimpan wang mereka.

Itulah ‘RAHSIA’ untuk membina kekayaan. Mudahkan? Tetapi kalau ianya begitu mudah, kenapa tidak semua orang menjadi kaya? Seumpama anda di beri sebiji kek, anda hendak simpan kek itu dan dalam masa yang sama anda pun hendak makan kek.

Rahsia orang kaya ialah mereka sedar dan membuat keputusan berapa banyak mereka akan makan dan berapa banyak mereka hendak simpan. Bagi ramai orang akan berlaku pertelingkahan antara emosi dan kehendak apabila ianya berkaitan dengan wang.

Anda perlu belajar cara menyimpan supaya anda boleh membina financial security’, dengan mengubah sikap dan disiplin anda.

BUAT RANCANGAN

Walaupun kehidupan anda sekarang bergantung semata-mata pada gaji, anda masih mampu membuat rancangan untuk mengubah situasi anda sekarang. Ianya mungkin susah dan anda tidak dapat melihat hasilnya dalam masa sehari., tetapi dengan hanya menulis rancangan anda boleh membuka minda untuk kemungkinan-kemungkinan dan pilihan-pilihan yang anda tidak nampak sebelum ini.

Ada 3 elemen penting untuk membuat pelan kewangan iaitu:

1. Bayangan masa depan anda

Bayangkan bagaimana keadaan hidup anda 5 atau 10 tahun akan datang. Ini boleh memberi inspirasi dalam mencari jalan untuk mamastikan visi anda kenyataan. Adanya visi ini difikiran anda akan memberi motivasi untuk anda mengambil tindakan pada hari ini supaya matlamat 5 atau 10 tahun anda tercapai.

2. Menguruskan hutang
Ada hutang baik yang memberi nilai tambah pada anda, ada hutang jahat yang menyebabkan anda membayar lebih untuk barang yang anda ada. Mengurus hutang bermakna anda membuang hutang jahat dan memastikan anda tidak bergantung padanya lagi di masa depan.

3. Mula pelan simpanan
Tanpa simpanan, anda akan kembali ke dalam hutang jahat sekiranya berlaku perkara-perkara di luar jangka. Tanpa simpanan, anda tidak mampu mengambil kesempatan terhadap peluang-peluang menambah wang seperti pelaburan, memulakan perniagaan atau membeli hartanah.

Kenapa di fasa pertama pengurusan kewangan – Buat Perancangan, kita meletak ‘bayangan masa depan’ di senarai nombor 1? Kerana tanpa bayangan, pengurusan hutang dan menyimpan wang menjadi tidak penting untuk anda. Dengan membuat keputusan di mana anda akan berada pada masa depan, akan memastikan anda betul-betul bijak menguruskan kewangan anda hari ini

Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari “Port Power” Untuk Menjual Barang-Barang Anda Secara Online!
Mari Saya Tunjukkan Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

About samsuryani

Saya nak share apa yang saya suka dan minat di sini. Saya harap akan dapat menmberi manfaat kepada semua orang yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih.
This entry was posted in Artikel umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen