Cara Pilih Produk Hot di Internet


Nah saya belanja cara pilih produk HOT di internet?

Produk apa yang laku di FB? Tak semestinya produk yang kita suka juga disukai oleh orang lain. Malah proses pemilihan produk untuk dijual adalah sangat kritikal dalam perniagaan anda. Yang penting di sini ialah produk yang hendak dijual itu mestilah produk yang orang ramai NAK BELI.

FACEBOOK (Terbukti Laku Keras Di Facebook)

Tips no. 1:

Langkah-langkahnya…
.1. Pergi dekat ruangan search di FB tu, taip keyword seperti: order sekarang, beli sekarang atau keyword-keyword yang sama dengannya yang anda all boleh fikirkan.
.
2. Pilih untuk tengok Post sahaja.
.
3. Silakan scroll, Public Post dan anda akan jumpa banyak produk-produk HOT.
TIPS: Tengok yang mana banyak reaction (likes, love) dan komen… yang tu lah HOT! … JACKPOT!

Photo Credit: FB Dot Com Mastermind with Cikgu Hafis

Tips no. 2

Langkah-langkahnya…
1. Buat beberapa akaun dengan Facebook dengan identiti yang berbeza. Orang kata buat Fake Account. Buatlah akaun untuk profile sebagai seorang lelaki, seorang wanita, seorang remaja lelaki, seorang remaja perempuan. Pastikan usia adalah sekitar 25 – 38 tahun. Untuk set usia, kena pilih tarikh lahir yang sesuai.

2. Add rakan-rakan seperti biasa.

3. PENTING: Perhatikan, apa iklan berbayar yang keluar di newsfeed anda. Nak tau iklan berbayar atau tidak, ia akan tulis perkataan sponsored. Contohnya macam kat bawah ni.

Photo Credit: http://www.Sabreehussin.com

Iklan seperti ini, biasanya memang agak mustahil untuk muncul di wall news feed seorang lelaki. Tetapi kalau pengguna akaun tersebut adalah wanita, maka iklan seperti ini memang boleh muncul.

Pada peringkat ini, anda akan dapat lihat iklan yang berbeza, untuk akaun FB seorang lelaki dengan akaun FB milik seorang wanita. Kenapa? Kerana pengiklan akan target kelompok yang berbeza untuk produk yang berbeza.

4. Perhatikan iklan-iklan yang dipaparkan. Bagaimana dengan respon para audiens? Adakah mereka komen “minat” “saya nak” “PM” atau ada yang beri nombor telefon dalam komen? Ini semua adalah signal yang produk tersebut memang ada permintaan.

Nota: Bila berniaga secara online ni, terutama di Facebook, apa produknya tidaklah begitu penting. Yang penting ada permintaan. Lagipun, bila kita berniaga menggunakan Fanpage, orang bukannya tahu sama ada admin fanpage tu lelaki ke perempuan. Ok faham dah kan?

Tips no. 3

Boleh dilihat pada jumlah enggagement orang pada gambar atau video sesuatu produk seperti like, komen dan share. Jika jumlah enggagement post tersebut melebihi 500, anda boleh cuba jual produk tersebut.

Tapi pastikan juga anda check reaksi apa yang orang bagi pada post tu ye! Haha. Contohnya orang bagi reaksi muka suka ke, muka gelak ke atau muka marah ke. Lepas tu anda baca jugak komen-komen orang samaada lebih kepada positif atau negatif.

Kalau anda tengok sekilas pandang je, mungkin produk tu dapat banyak enggagement tapi sebenarnya banyak orang bagi muka marah dan komen-komen yang negatif sebab mungkin produk tu mencetuskan kontroversi bagi sesetengah pihak.

MARKETPLACE

Tips no. 4

Cari di marketplace seperti Lazada, Shopee dan Lelong.my untuk market Malaysia, manakala untuk market International USA, pergilah ke website Amazon dan ebay.

Produk yang dikatakan terbukti laku keras di marketplace pulak adalah produk yang dalam kategori best seller di marketplace tersebut. Sebagai contoh, di marketplace Lazada, diorang ada kategori most popular. Jika anda pergi ke sesuatu kategori atau niche pun, anda boleh filter susunan produk tersebut mengikut populariti.

Photo credit: http://www.shopievo.com

Dengan ini anda dapat tengok produk-produk yang banyak dapat review. Anda kena check satu-satu produk yang banyak dapat review tu. Pergi kat bahagian review di setiap page produk dan tengok samaada banyak yang positf atau yang negatif. Jika banyak yang positif, anda boleh masukkan dalam list produk hot anda.

Ini dia laman web lelong.my

Photo credit: http://www.sabreehussin.com

Ada produk yang berjaya dijual sehingga ribuan unit banyaknya.

Ini merupakan satu isyarat yang menunjukkan pada satu-satu masa, produk tersebut berjaya dijual dengan kuantiti yang agak banyak.
Menggunakan GOOGLE TREND dan GOOGLE SEARCH.

Tips no. 5

Langkah-langkahnya…
1. Gunalah Google Trend! Dengan masukkan keyword. Contoh keyword ialah “baju muslimah”, pilih “Malaysia”.. kemudian, pilih tempoh masa trend yg anda mahu lihat. Dlm cth ni, sy pilih “past 12 month”..

Lihat pada graf, naik atau turun. Lihat juga negeri/bandar yg ada minat pd baju muslimah, dan lihat keyword berkaitan.
Dari data ini, anda boleh tahu apa jenis baju muslimah yg org nak…

LAIN-LAIN

Tips no. 6

Cari Produk Yang Jenis Problem Solver!

Produk yang ada ciri problem solver ini boleh dikatakan sebagai produk terbaik atau ‘winning product’ sebab ramai orang perlukan produk atau sesuatu yang dapat selesaikan masalah mereka. Contohnya, ubat sapu untuk hilangkan gatal-gatal bayi. Kenapa penting? Untuk hilangkan bayi menangis. Kenapa penting? Untung hilangkan stress mak
bapak!

Kalau anda dapat jumpa produk yang problem solver dan tambahan pulak perceived value (nampak bernilai), boom!

Tips no. 7

Pilih Produk Yang Nampak Berkualiti Dan Bernilai!

Produk yang nampak macam berkualiti dan bernilai ini dalam bahasa inggerisnya kita gelar sebagai produk yang ada ciri ‘perceived value’. Kanapa saya cakap ‘nampak macam’ berkualiti dan bernilai?

Rantai ini harga kosnya murah jer. Tapi cara supplier packing rantai tersebut nampak diorang ni treat rantai ni macam produk yang mahal.

Contohnya, anda bayangkan mereka letak rantai ni dalam satu kotak ala-ala macam kotak cincin yang high class gituu. Bila prospek anda nampak sesuatu produk itu berkualiti dan bernilai, jadi anda boleh jual dengan harga yang tinggi. Sebab itu lah jika anda dapat jumpa produk yang ada perceived value, ia sangat-sangat bagus untuk anda
pilih.

Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu!
Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps ‘Shopee‘ tu! Lepas baca artikel ini, anda sudah tahu cara pilih produk hot di internet, Apa kata anda tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu? Caranya… Dengan menjual barang dan jadi peniaga pula disitu! Saya pasti anda sudah dapat idea nak jual produk apa. Cuba jangan tak cuba…..Jumpa lagi……

About samsuryani

Saya nak share apa yang saya suka dan minat di sini. Saya harap akan dapat menmberi manfaat kepada semua orang yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih.
This entry was posted in Jana pendapatan and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen