10 Kelebihan Ebook Bisnes Shopee – Review Ebook Bisnes Shopee 2021

Anda adalah antara pelanggan marketplace Shopee? Adakah anda juga penjual di sini atau bercita-cita untuk memulakan perniagaan online tetapi tidak tahu di mana hendak bermula, saya sarankan anda beli dan baca dulu ebook Bisnes shopee ini kerana ada banyak kelebihan Ebook Bisnes Shopee ini jika dibandingkan dengan ebook lain yang setajuk dengannya.


No. 1: Penulis yang berkaliber


Sebagai permulaan, mari kita berkenalan dengan penulis ebook ini iaitu saudara Mohd Fahmi atau nama gelaran di internet sebagai Jenin. Beliau bukan calang-calang orang di bidang online bisnes kerana telah berniaga bukan sahaja di marketplace Shopee tetapi juga di Ebay, Lelong, Lazada dan Amazon.


Pengalaman di Shopee semenjak 2015 lagi, atas jemputan Shopee sendiri untuk
membuka kedai dan berniaga di Shopee. Terkini berstatus Shopee Preffered Seller.
Beliau juga mempunyai rekod terbaik sebagai eBay Top Rated Seller dan Lelong Star
Seller. Siapa lagi lebih pakar dalam selok belok pernigaan online terutamanya Shopee kalau bukan Saudara Jenin sendiri. Bak kata perpatah,”nak pandai belajarlah dari pakar”.


Ini adalah screenshot dari salah satu akaun beliau di Shopee! Jualan konsisten 4 angka sebulan.



No. 2: Ditunjuk langkah demi langkah (step by step)


Di dalam ebook ini ditunjukkan secara langkah demi langkah, bermula dari mendaftar akaun di Shopee, cara nak upload barang sehinggalah kepada cara pos barang kepada pembeli. Memang complete!


• Cara mendaftar dan kedai shopee anda: sama ada anda menggunakan apps atau
browser di computer, kedua-duanya cara ini diajar, senangkan hanya ikut sahaja.


• Cara masukkan produk ke dalam kedai Shopee anda: di dalam bab ini anda akan
diberikan tips-tips berkaitan pemilihan gambar yang sesuai, bentuk dan contoh
description yang terbaik yang boleh anda gunakan.


• Cara nak menguruskan order: Yalah, ini salah satu langkah yang paling kritikal
iaitu selepas mendapat order, anda perlu fikirkan macam mana nak bungkus,
borang perlu print, macam mana jika tiba-tiba stok habis pula? Apa yang
sebenarnya anda perlu buat?
Jangan risau, semuanya ada diterangkan di dalam bab mengurus order.


Anda tidak perlu bersusah payah mecuba perkara-perkara baru yang tidak tentu hasilnya lagi. Anda hanya perlu tiru, copy paste sahaja cara penulis. Senangkan?
Info dan ilmu di dalam ebook ini bertujuan untuk membantu anda bermula dengan pantas tanpa anda perlu membuang masa, tenaga dan wang di dalam mencuba dan mencari-cari cara yang betul untuk mula berniaga di Shopee.


No. 3: Cara menyelesaikan masalah barang tidak sampai atau rosak.

Anda tidak perlu panik bila ada pembeli memberi feedback barang yang rosak atau tidak sampai. Ikut sahaja 6 langkah yang dikongsi oleh penulis ini ketika menghadapi pelanggan yang sedang marah agar mereka tenang dan tidak meninggalkan bad rating di kedai anda.


No. 4: Promosi


Penulis akan ajarkan 4 teknik promosi yang boleh anda gunakan di dalam Shopee untuk mempromosikan kedai anda ke tahap maksimun agar lebih ramai yang akan nampak kedai dan produk anda. Bukan setakat 4 sahaja teknik, malah penulis juga memberi ebook bonus yang mengandungi 7 lagi cara promosi PERCUMA yang boleh anda lakukan untuk promosikan lagi kedai dan produk anda di Shopee! Kaedah ini sangat berkesan dan masih digunakan oleh penulis hingga sekarang.


No. 5: Pembekal dropship yang boleh dipercayai

Ebook ini juga memberi lubuk pembekal dropship yang boleh dipercayai, dengan pilihan 100,000 produk yang boleh anda jual. Tinggal pilih sahaja mengikut niche kedai anda.


No. 6: Cara mendapat follower


Anda mesti belajar ‘Teknik 1000 Follower seminggu’ ini. Teknik ini adalah salah satu
RAHSIA besar yang akan diberikan penulis.Adalah penting untuk mana-mana kedai di Shopee untuk mendapatkan follower yang ramai dalam masa yang singkat. Ini teknik advanced yang hanya pakar sahaja yang tahu. Hanya diajar di dalam ebook Shopee ini.


No. 7: Cara mengkaji produk laku keras tapi kurang saingan


Penulis juga bermurah hati memberi bonus bertajuk ‘JUAL PRODUK TANPA PESAING’, di mana ada dikongsikan teknik atau cara membuat kajian produk laku keras tetapi kurang saingan. Ini penting kerana susah untuk membuat jualan jika produk yang anda jual tiada permintaan atau mempunyai terlalu ramai penjual lain yang menjual niche produk yang sama.


No. 8: FB Group Support


Kenapa FB Group support penting? Kerana anda boleh bertanya soalan jika anda ada sebarang perkara yang mungkin anda kurang jelas setelah membaca ebook Bisnes Shopee ini atau anda ada masalah semasa mengunakan Shopee dan dah tak Nampak jalan!. Di dalam group ini juga anda boleh saling mengenali pembeli-pembeli ebook yang lain dan berkongsi info dan tips yang terkini!


No. 9: Jaminan Wang Dikembalikan 100%


Ya, betul. Sekiranya selepas anda khatam ebook ini tetapi masih blur/ tak faham atau tidak puas hati, jangan bimbang kerana wang anda dijamin akan dikembalikan 100%. Itu adalah jaminan Kepuasan anda, admin akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK
SOAL!


No. 10: Harga mampu milik


Harga ebook ini hanya RM100, sangat-sangat berbaloi dengan ilmu yang diberi,
ditambah pulak 3 ebook bonus dan FB Group support. Dengan pelaburan minima ini, tidak akan merugikan anda dengan syarat anda mengikut panduan di dalam ebook ini dengan betul seperti apa yang penulis kongsikan. InsyaAllah anda akan dapat membayar semula kos ebook ini tidak sampai seminggu selepas anda mula praktikkan ilmu ebook ini dengan berniaga di Shopee.


Nah, 10 kelebihan Ebook Bisnes Shopee, review Ebook Bisnes Shopee yang saya tulis ini. Apa pun, dengan kelebihan ini akan membuka minda anda unutk memulakan perniagaan di Shopee dan menjadikan ebook ini sebagai panduan menuju kejayaan sebagai perniaga di Shopee.

About samsuryani

Saya nak share apa yang saya suka dan minat di sini. Saya harap akan dapat menmberi manfaat kepada semua orang yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen