10 Cara Untuk Menjana Pendapat dari Rumah.

Ramai orang yang sedang mencari-cari peluang untuk menjana pendapatan dari rumah tapi masih ada yang belum pasti ke arah mana yang patut dituju. Mungkin anda ada idea tapi memerlukan modal yang besar yang jelas-jelas anda tak ada. Jadi apa yang patut anda buat?
Di bawah ini saya cadangkan 10 cara untuk menjana pendapatan dari rumah yang mungkin sesuai untuk anda dan mungkin anda ada kemahiran yang bersesuaian atau anda tahu di mana nak mendapat ilmu untuk melakukannya:

1.Penulis bebas
Adakah anda minat menulis? Berbakat dalam bidang penulisan? Sebenarnya ada banyak peluang untuk anda ceburi dalam penulisan. Anda boleh menghantar berita atau artikel ke dalam akhbar atau majalah. Dengan pekembangan pesat internet, anda boleh menawarkan perhidmatan anda untuk blog-blog atau mengeluarkan e-book sebagai panduan bersesuaian dengan kepakaran atau pengetahuan yang anda ada. Jika anda boleh berbahasa lebih dari satu bahasa, anda mempunyai lebih banyak pasaran. Apatah lagi jika anda mahir dalam Bahasa Inggeris, anda boleh pergi hingga ke peringkat antara bangsa.

Contoh: Sebagai permulaan, jika anda memilih untuk menulis di dalam blog, anda perlu tahu cara penulisan yang bagaimana boleh berjaya di internet. Caranya ialah dengan membaca artikel dari beberapa blog terkenal dan fahami apa kehendak pembaca. Anda patut melakukan apa yang menjadi trend sekarang.

Peralatan: Anda paling memerlukan komputer dan kemudahan internet yang terlaju yang anda mampu. Pastikan juga komputer anda ada perisian Microsoft Word sebab kebanyakan pelanggan anda akan terima artikel dalam bentuk words. Kemudahan komunikasi melalui e-mail, telephone atau mungkin juga skype.

Jangan putus asa: Pada mermulaan, anda perlu lebih tabah dan mampu menerima kritikan dengan hati terbuka sebab tak semua orang akan suka dengan apa yang kita tulis. Tips mudah ialah selalu menghasilkan produk yang bermutu dan bukan sesuatu yang diceduk dari mana-mana artikel samada online atau offline. Anda juga perlu pastikan kerja anda siap mengikut jadual.

2. Buat kek atau biskut
Sekiranya anda berminat membuat kek dan menghiasnya, gunakan kemahiran ini untuk menjual kek yang paling sedap yang anda boleh hasilkan. Dalam setengah keadaan anda tidak perlu mahir membuat bermacam-macam jenis kek atau biskut, cukuplah jika anda pakar dalam sejenis dua. Contoh yang saya ingat ialah seorang operator kilang saya, hanya membuat biskut semprit tapi rasanya adalah yang terbaik yang anda pernah rasa. Dialah pembekal kuih semprit yang utama di kawasan itu dan mendapat pemintaan tinggi menjelang raya atau kenduri kahwin.

3. Jual sayur-sayuran dan buah-buahan di pasar.
Jika anda mempunyai tanah yang sesuai untuk bercucuk tanam dan tangan ‘sejuk’. Maka anda boleh menggunakan kelebihan ini untuk menanam sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan jika ada lebihan bolehlan dijual di pasar atau jiran-jiran anda. Salah seorang kenalan saya menanam bendi yang dikatanya mudah ditanam, susah mendapat serangan makhluk perosak, mengambil masa yang singkat untuk mendapat hasil dan mengeluarkan hasil yang banyak.
Ulam-ulaman mungkin anda boleh mendapatkanya di sekeliling kampung anda dengan percuma dan banyak. Kenapa tidak anda mengutipnya dan menjualkannya di pasar. Saya teringat kisah seorang saudara saya yang telah dibuang kerja dan buat sementara, dia mengambil kangkung percuma di dalam tali air dan menjualnya.

Display: Pastikan barang-barang disusun dengan baik dan dapat menarik perhatian pembeli. Letak tanda harga dengan jelas bagi memudahkan pembeli membuat keputusan untuk membeli.

Peralatan: Anda perlukan payung sebab barang dagangan anda mudah rosak jika berada di bawah Terik matahari. Beg plastik beg untuk mengisi barang yang dijual.

4. Perkhidmatan berkebun
Anda boleh menawarkan perkidmatan menjaga halaman rumah yang mempunyai pokok atau berumput. Mungkin tuan rumah terlalu sibuk untuk menjaga pokok-pokok yang ada di halaman rumah mereka atau memang langsung tak berminat untuk acara bercucuk tanam tapi mereka perlukan lanskap rumah yang cantik, jadi mereka perlukan tukang kebun yang sekali sekala datang ke rumah mereka untuk menyiram dan merapi halaman rumah mereka. Ada sebahagian dari mereka langsung tak berminat dengan apa-apa tanaman tapi mereka memerlukan seseorang untuk mesin rumput.

5. Mengadakan kelas
Kebanyakan kita mempunyai pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Anda boleh menjual pengetahuan anda dengan mengadakan kelas khas. Sekiranya anda pakar membuat kek, adakan kelas membuat kek. Sebarkan kemahiran anda pada orang lain kerana orang sanggup belajar perkara baru yang mereke tidak tahu atau mahir. Banyak bidang yang boleh menarik perhatian ramai seperti masakan, jahitan, gubahan, kraf tangan, balajar alatan muzik, menari, senaman atau belajar bahasa asing.

Tip: Bagi tajuk kelas yang spesifik. Contoh, jika anda ingin mengadakan kelas masakan, kena lebih jelas dengan jenis masakan yang anda ingin ajar seperti cara membuat coklat atau cara membuat home made roti. Sekiranya anda secara tetap menganjurkan kelas yang menyeronokan, pasti anda akan sentiasa mendapat pelajar baru yang ingin belajar dari anda.
Bagaimana pun untuk mengadakan sesuatu kelas memerlukan perancangan yang teliti. Banyak perkara yang perlu anda ambil kira.

Idea anda: Apabila anda membuka peluang belajar, umum ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkara yang anda akan ajar di dalam kelas anda. Anda perlu menerangkan silibus dan tujuan anda dengan tepat. Lagi baik penerangan anda, lagi tinggi peluang orang mendaftar ke kelas anda.

Jadual: anda perlu merancang masa anda in advance. Ada 2 jenis kelas yang diadakan, samada dalam beberapa sessi kelas (contoh kelas bahasa asing) atau hanya sekali diadakan (seperti kelas masakan). Anda perlu menetapkan masa kelas yang seterusnya supaya tidak bertindih dengan aktiviti anda yang lain dan memudahkan pelajar merancang masa mereka.

Ingat, anda akan membuat komitmen dalam masa beberapa minggu atau mungkin beberapa bulan. Perbatalan atau penangguhan kelas akan memberi impak negetif pada nama baik anda sebagai seorang sifu.

Harga: Anda perlu meletak harga anda sama dengan harga pasaran atau lebih murah dari yang ditawarkan di pasaran. Caranya ialah dengan mengenal pesaing anda dan hubungi mereka untuk mendapatkan harga yang mereka tawarkan untuk menyertai kelas mereka.

Tawaran: Anda boleh menarik lebih banyak menyertaan dengan menawarkan ‘package offer’ seperti kelas membuat sabun dengan kelas mengubah bunga dari sabun. Macam mana anda ingin meletak harga kelas anda? Pastikan anda boleh membuat pelanggan merasa mereka mendapat tawaran yang berbaloi-baloi atau lebih murah dari wang yang mereka berlanjakan. Dengan perasaan ini kemungkinan besar mereka akan datang lagi untuk kelas yang lain dan kali ini mereka mungkin membawa kawan bersama.

Iklan: Ada pelbagai cara untuk memberitahu masyarakat, yang anda ada menganjurkan kelas antara cadangan yang anda boleh buat ialah:
• Meletakkan poster dan nombor telepon di depan rumah anda.
• Beritahu kawan-kawan dan ahli keluarga.
• Hantar risalah dari rumah ke rumah
• Postkan dalam media sosial seperti Facebook dan Twitter.
• Buat blog dan update aktiviti yang dijalankan, Masukkan gambar-gambar yang diambil sepanjang kelas dijalankan dan hasil yang dibuat oleh pelajar anda.
• Menyertai aktiviti yang dijalankan di kejiranan anda supaya anda boleh menambahkan jaringan dan memberitahu berita terkini mengenai kelas yang anda anjurkan.

6. Mengasuh anak orang
Jika anda tidak bekerja, anda boleh mendapat duit lebih dengan menjaga anak orang. Tapi pastikan anda suka pada kanak-kanak dan mempunyai kesabaran dan tenaga yang tinggi untuk melayan kerenah mereka sepanjang hari.

7. Menjahit- menjual kemahiran yang anda ada.
Sekiranya anda ada kemahiran menjahit, anda boleh menawarkan banyak perkhidmatan seperti menjahit pakaian, tempahan langsir, mereka pakaian, buat beg, cadar, lampin dan kusyen kerusi. Apa pun anda perlu melengkapkan diri anda dengan beberapa perkara seperti berikut:

Peralatan: Yang paling penting, anda memerlukan sebuah mesin jahit yang yang berkualiti tinggi. Belilah yang terbaik yang mampu anda beli. Peralan lain, bergantung pada jenis perkhidmatan yang bakal anda tawarkan.

Kemahiran: Sekiranya anda bercadang untuk menjahit pakaian orang lain, anda perlu mempunyai kemahiran yang tinggi. Belajarlah sehingga anda betul-betul mahir sebelum anda mengambil tempahan. Seperti jiran saya dia hanya mengambil tempahan baju kurung sahaja kerana dia sudah mahir di dalam pembuatan baju kurung. Sekarang dia dalam proses belajar membuat baju melayu.

Iklan: Anda perlu memberitahu kapada orang lain yang anda pandai menjahit dan cara yang berkesan ialah dengan memberitahu kepada kawan-kawan, saudara mara dan jiran anda. Kawan saya pernah membawa kain jahitan ke tempat kerja dan menggunakan masa rehat untuk mrenjahit tulang belut. Secara tak langsung rakan sekerja boleh melihat dia menjahit dan menilai hasil kerjanya. Ini adalah cara yang senang untuk mempromosi perniagaan sampingan anda.

8. Kraf tangan dan seni – Menjual kreativiti.
Sekiranya anda ada kemahiran membuat kraf tangan anda lahir pada zaman yang sepatutnya. Anda boleh mengiklankan hasil tangan anda di atas talian seperti di facebook atau blog anda. Trend terkini, pengguna lebih beminat kepada vintage atau homemade produk kerana keunikan yang lain daripada orang lain.

Kajian: Anda perlu mengkaji apa yang dijual oleh orang lain kerana ada ramai yang menjual hasil kerja tangan mereka di talian. Selepas anda kenal pasti produk, anda perlu memikirkan reka bentuk unik yang boleh menyerlah produk dan anda sendiri.

Iklan: Seperti biasa, anda perlu mempromosikan produk dan diri anda. Banyak cara yang ada boleh lakukan antaranya dengan menyebarkan kad perniagaan anda ke mana saja anda pergi. Mempunyai blog dan sentiasa mencari jalan untuk mempromosikan kerja tangan dan blog anda.

Photo: Jika anda menjual di atas talian, pelanggan anda tidak dapat melihat dan menyentuh barang anda secara langsung, maka anda perlu menunjuk hasil kerja anda melalui photo. Tapi bukan hanya sekadar photo, photo yang akan anda tampilkan mestilah sangat jelas, menarik dan profesional. Anda perlu belajar cara mengambil photo yang baik. Jika tidak, anda terpaksa mencari atau mengupah orang lain untuk melakukannya.

9. Menjual Dari Katalog
Anda boleh menjadi agen jualan barang dari katalog. Sekarang ada banyak pilihan produk yang boleh anda ketengahkan seperti alat solek, pakaian, beg hinggalah kepada makanan kesihatan. Kelebihan anda ialah anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli barangan ini dan anda boleh menunjukkan katalog kepada kawan-kawan anda pada bila-bila masa sahaja, tiada paksaan untuk mereka membeli barangan anda.

10. Mejual barangan antik
Anda suka pada barangan lama dan antik? Anda tahu permintaan pada barangan antik kesukaan anda? Kenapa tidak anda tukarkan hobi atau minat anda sebagai punca pendapatan sampingan anda. eBay adalah salah satu dari website yang terkenal di talian yang menjadi tempat di mana pembeli mencari barang collector dari seluruh dunia.

Akhir kata:
Bagi sesetengah orang bekerja perlu berada di pejabat, kilang, kedai atau di tempat lain selain dari rumah. Namun begitu, anda juga boleh memulakan pekerjaan sampingan dari rumah. 10 cara menjana pendapatan dari rumah telah diberikan seperti di atas sebagai panduan untuk anda. Akhir kata, sekiranya anda ingin berjaya dalam pekerjaan kedua, anda perlu menganggap apa yang anda buat ini sama seperti pekerjaan sepenuh masa anda.

About samsuryani

Saya nak share apa yang saya suka dan minat di sini. Saya harap akan dapat menmberi manfaat kepada semua orang yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih.
This entry was posted in Jana pendapatan and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen